Skip to content

Seksyen 17

Perisytiharan keputusan

of Peraturan-Peraturan Perubatan 2017

P.U. (A)In forceProvision 17 of 25
Seksyen 17

(1)

Apabila pengiraan undi telah selesai, Pegawai Pengurus hendaklah mengisytiharkan calon yang mendapat bilangan undi terbanyak sebagai terpilih dan hendaklah menyebabkan suatu notis perisytiharan disiarkan dalam laman web rasmi

Majlis atau dalam apa-apa bentuk penyiaran lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis.

(2)

Apabila bilangan undi antara mana-mana calon didapati sama banyak dan tambahan satu undi akan memberi hak kepada mana-mana calon untuk diisytiharkan sebagai terpilih, Presiden boleh memberi undi pemutus yang akan menentukan calon terpilih.

(3)

Jika Presiden tidak bersetuju untuk memberi undi pemutusnya, penentuan calon terpilih hendaklah dibuat melalui cabutan undi di hadapan Presiden dan calon itu atau penamanya, jika ada.