Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENGADAKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2012

Seksyen 3

Tafsiran

“badan pemeriksa” ertinya suatu badan yang diluluskan oleh Menteri di bawah perenggan 12(1)(aa) Akta dari mana-mana institusi pelajaran tinggi;

“institusi pelajaran tinggi” ertinya mana-mana fakulti atau sekolah perubatan mana-mana institusi pelajaran tinggi di Malaysia yang tersenarai dalam Jadual Kedua

Akta;

“peperiksaan’’ ertinya mana-mana peperiksaan tahun akhir yang diadakan oleh mana-mana badan pemeriksa.

4

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENGADAKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2012