Skip to content

Seksyen 4

Permohonan untuk menduduki peperiksaan

of Peraturan-Peraturan Perubatan (Mengadakan Peperiksaan bagi Pendaftaran Sementara) 2012

P.U. (A)In forceProvision 4 of 9
Seksyen 4

(1)

Suatu permohonan bagi menduduki peperiksaan yang diadakan oleh suatu badan pemeriksa hendaklah dikemukakan kepada Majlis dalam dua salinan

Borang 1 Jadual berserta fi sebanyak dua ratus ringgit.

(2)

Majlis hendaklah membuat suatu keputusan tentang kelayakan mana-mana calon untuk menduduki peperiksaan itu.

(3)

Jika Majlis memutuskan yang calon itu layak untuk menduduki peperiksaan itu, calon itu hendaklah dirujuk kepada badan pemeriksa pilihan calon itu.