Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Peraturan 27 Peraturan–Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“orang itu” perkataan “di bawah seksyen 14C Akta”;
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(3)
Bagi maksud pendaftaran sebagai Pakar, seorang pengamal perubatan berdaftar penuh hendaklah mengemukakan dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh
Majlis kepada
Jawatankuasa Penilaian bagi Kelayakan Pakar Perubatan seperti yang berikut:
(a)
sijil asal kelulusan mengikut kelulusan yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual Keempat
Akta, atau apa-apa dokumen rasmi berhubung dengan kelulusan itu dalam suatu tempoh pengiktirafan sebagaimana yang ditentukan oleh
Majlis bagi maksud perenggan 14B(1)(b) Akta;
(b)
apa-apa bukti yang boleh diterima oleh Majlis di bawah perenggan 14B(1)(c) Akta bahawa—
P.U. (A) 198 7
(i)
dia telah menyempurnakan suatu latihan kepakaran yang diluluskan oleh
Majlis mengikut perenggan 14B(3)(a) Akta; atau
(ii)
dia telah menyempurnakan latihan kepakaran yang lain yang boleh diterima oleh Majlis mengikut perenggan 14B(3)(b) Akta.
(c)
apa-apa laporan atau perakuan sebagai bukti pengalaman kerja yang diselia di bawah subperenggan 14B(1)(d)(i) Akta apabila—
(i)
dalam perkhidmatan awam, dia telah dinilai dan diperakui oleh Jawatankuasa Penilaian bagi Kelayakan Pakar Perubatan setelah disahkan oleh Ketua Pengarah bahawa dia dengan jayanya telah menjalani pengalaman kerja yang diselia untuk suatu tempoh sekurang-kurangnya enam bulan; atau
(ii)
selain perkhidmatan awam, dia telah dinilai dan diperakui oleh Jawatankuasa Penilaian bagi Kelayakan Pakar Perubatan bahawa dia dengan jayanya telah menjalani pengalaman kerja yang diselia untuk suatu tempoh sekurang-kurangnya enam bulan; atau
(d)
apa-apa laporan atau perakuan sebagai bukti pengalaman kerjanya bagi maksud subperenggan 14B(1)(d)(ii) Akta bahawa—
P.U. (A) 198 8
(i)
dia telah mempunyai pengalaman kerja yang luas dalam bidang kepakarannya untuk suatu tempoh yang mencukupi; dan
(ii)
dia telah membuktikan bahawa pengalaman kerja dalam bidang kepakarannya itu diiktiraf di peringkat antarabangsa; atau
(iii)
dia telah mengemukakan apa-apa bukti mengenai pengalaman kerja dalam bidang kepakarannya; dan
(e)
apa-apa laporan, perakuan atau bukti lain dalam membuktikan bahawa dia merupakan seorang yang kompeten dan mempunyai akhlak yang baik bagi maksud perenggan 14B(1)(e) Akta.
(4)
Bagi maksud membuat syor di bawah subseksyen 14B(2)
Akta, nilai khusus kepada negara ini boleh ditentukan berdasarkan kepada—
(a)
kepakaran pengamal perubatan berdaftar penuh itu yang diperlukan di negara ini;
(b)
kepakaran pengamal perubatan berdaftar penuh itu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa; atau
(c)
kepakaran pengamal perubatan berdaftar penuh itu yang diperlukan untuk dikembangkan di negara ini.
(c)
dengan menomborkan semula subperaturan (3) sedia ada sebagai subperaturan (5).
P.U. (A) 198 9
Peraturan baharu 27A