Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 8

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 27

peraturan yang berikut:

“Latihan kepakaran baharu 27A. (1)

Apa-apa permohonan bagi suatu latihan kepakaran baharu yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan, suatu institusi pendidikan tinggi tempatan atau mana-mana institusi yang lain di dalam Malaysia hendaklah dibuat kepada Majlis.

(2)

Semua permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dinilai oleh Jawatankuasa Pendidikan Perubatan bagi Kelayakan Pakar Perubatan dan

Jawatankuasa hendaklah membuat syor kepada Majlis.

(3)

Selepas menimbangkan syor Jawatankuasa Pendidikan Perubatan bagi Kelayakan Pakar Perubatan bagi permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1), Majlis boleh meluluskan permohonan itu tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, atau menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu dalam pemberitahuan kepada pemohon yang hendaklah diserahkan oleh Majlis.”.

Dibuat 25 Jun 2025

[MPM.600-1/3/20(1); PN(PU2)97/JLD.15]

DATUK DR. MAHATHAR BIN ABD WAHAB

Yang Dipertua

Majlis Perubatan Malaysia

Diluluskan 26 Jun 2025

[KKM.R.600-1/1/45; PN(PU2)97/JLD.15]

DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD

Menteri Kesihatan

P.U. (A) 198 10

MEDICAL ACT 1971

MEDICAL (AMENDMENT) REGULATIONS 2025

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (PINDAAN) 2025