Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PUSAT KERJASAMA SERANTAU PEMBANGUNAN SEGI TIGA INDONESIA-MALAYSIA-THAILAND (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2013

Seksyen 8

(1)

Pembangunan

Segi

Tiga

Indonesia-Malaysia-Thailand

(IMT-GT)

hendaklah mempunyai hak untuk mengetepikan keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada Pusat.

(2)

Pengarah hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada Kakitangan jika, pada pendapatnya, keistimewaan dan kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pusat.

(3)

Kerajaan Malaysia hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada Pengarah jika, pada pendapatnya, keistimewaan dan kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pusat.

P.U. (A) 181 5