Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Jadual Kedua kepada Akta Saraan Hakim, 1971 adalah dengan ini dipinda—
(a)
dengan memotong perkataan-perkataan " (Berkuatkuasa mulai dari tarikh pemilihan di bawah seksyen 16) " yang terdapat sebelum sahaja perenggan 1 dan menggantikannya dengan yang berikut—
“(Berkuatkuasa mulai dari tarikh pemilihan di bawah seksyen 16 melainkan jika dinyatakan selainnya di dalam ini)”;
(b)
dengan memotong perenggan 1 dan menggantikannya dengan yang berikut—
"1. TEMPAT TINGGAL:
(i)
Ketua Hakim Negara dan Hakim Besar—
Rumah khas percuma berperabut lengkap, seorang butler, dua orang tukang kebun, seorang penunggu rumah dan peruntukan sebanyak $1,000 setahun bagi menyenggara rumah dan kawasan hendaklah diadakan:
Dengan syarat bahawa jika Ketua Hakim Negara atau seseorang Hakim Besar telah diberi suatu pinjaman di bawah Skim Pinjaman Perumahan yang tersebut dalam perenggan 11 dan rumah yang dibeli atau didirikan itu telah diperakui layak oleh pihakberkuasa yang berkenaan untuk diduduki, maka jika Hakim itu terus menduduki rumah khas yang tersebut itu ia hendaklah dikenakan sewa sebanyak 20% daripada gajinya atau 20 kali sewa namaan rumah itu, mengikut mana yang kurang, melainkan jika rumah yang dibeli atau didirikan itu bertempat di luar daerah tempat bertugas Hakim itu.
(Berkuatkuasa mulai dari 1-1-1970 tertakluk kepada pemilihan di bawah seksyen 16).
(ii)
Hakim Mahkamah Persekutuan—
Rumah khas boleh diadakan tertakluk kepada sewa yang berikut—
Bagi rumah yang terletak dalam kawasan Kuala Lumpur
5% daripada gajinya atau 5 kali sewa namaan rumah itu, mengikut mana yang kurang;
Bagi rumah di lain tempat
4% daripada gajinya atau 4 kali sewa namaan rumah itu, mengikut mana yang kurang:
Dengan syarat bahawa jika seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah diberi suatu pinjaman di bawah Skim Pinjaman Perumahan yang tersebut dalam perenggan 11 dan rumah yang dibeli atau didirikan itu telah diperakui layak oleh pihakberkuasa yang berkenaan untuk diduduki, maka jika Hakim itu terus menduduki rumah khas yang tersebut itu ia hendaklah dikenakan sewa sebanyak 20% daripada gajinya atau 20 kali sewa namaan rumah itu, mengikut mana yang kurang, melainkan jika rumah yang dibeli atau didirikan itu bertempat di luar daerah tempat bertugas Hakim itu.
(Berkuatkuasa mulai dari 1-8-1972 tertakluk kepada pemilihan di bawah seksyen 16).
(iii)
Hakim Mahkamah Tinggi—
Rumah rezab boleh diadakan tertakluk kepada sewa sebanyak 10% daripada gajinya atau 10 kali sewa namaan rumah itu, mengikut mana yang kurang:
Dengan syarat bahawa jika seseorang Hakim telah diberi suatu pinjaman di bawah Skim Pinjaman Perumahan yang tersebut dalam perenggan 11 dan rumah yang dibeli atau didirikan itu telah diperakui layak oleh pihakberkuasa yang berkenaan untuk diduduki, maka jika Hakim itu terus menduduki rumah rezab yang tersebut itu ia hendaklah dikenakan sewa sebanyak 20% daripada gajinya atau 20 kali sewa namaan rumah itu, mengikut mana yang kurang, melainkan jika rumah yang dibeli atau didirikan itu bertempat di luar daerah tempat bertugas Hakim itu.
(Berkuatkuasa mulai dari 1-1-1970 tertakluk kepada pemilihan di bawah seksyen 16)"; dan
(c)
dengan memotong perenggan 7 dan menggantikannya dengan yang berikut—
"BELANJA PENGINAPAN:
Belanja sebenar penginapan disokong dengan resit hendak-lah digantibayar atau elaun sebanyak $20 semalam hendak-lah dibayar sebagai gantihya.
(Berkuatkuasa mulai dari 1-1-1970 tertakluk kepada pemilihan di bawah seksyen 16)."
Bertarikh pada 8 haribulan Disember, 1973. [PM (S) 10232/Jld. II; PN. $ \left( \mathrm{P U}^{2} \right) $ 91.]
Dengan Titah Perintah,
TAN SRI ABDUL KADIR BIN SHAMSUDDIN,
Setiausaha kepada Jumaah Menteri
JUDGES' REMUNERATION ACT, 1971