Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN SARAAN HAKIM (PINDAAN JADUAL KEDUA) 1980
Seksyen 3
Akta Saraan Hakim 1971 adalah dipinda dengan menggantikan perenggan 1 Jadual Kedua dengan perenggan 1 yang berikut—
"1. TEMPAT TINGGAL:
(1)
Hakim
(2)
Tarikh mula berkuatkuasa
(a)
Ketua Hakim Negara dan Hakim Besar—
(i)
rumah khas percuma berperabut lengkap, atau sebagai gantinya suatu subsidi sewa rumah sebanyak $3,000 sebulan bagi Ketua Hakim Negara dan sebanyak $2,000 bagi Hakim Besar; dan
(ii)
seorang butler, dua orang tukang kebun dan seorang penunggu rumah dan suatu peruntukan sebanyak $1,000 setahun bagi menyelenggara rumah dan kawasan.
(b)
Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi—
rumah khas percuma berperabut lengkap (termasuk kawasan rumah) yang akan diselenggara dengan percuma, atau sebagai ganti subsidi sewa rumah sebanyak $2,000 sebulan.
1-8-1979
1-8-1979
1-8-1979
Keistimewaan dan elaun dalam perenggan ini hendaklah diberi atau dibayar dengan tidak mengira bahawa Hakim itu telah diberi suatu pinjaman di bawah skim pinjaman rumah yang dinyatakan dalam perenggan 14.".
Diperbuat pada 13hb Disember 1980. [PM. (R) 11880/A/221 Jld. II; PN. (PU $ ^{2} $ ) 91 Pt. II.]
Dengan Titah Perintah,
TAN SRI HASHIM BIN AMAN,
Setiausaha kepada Jemaah Menteri
JUDGES' REMUNERATION ACT 1971
JUDGES' REMUNERATION (AMENDMENT OF SECOND SCHEDULE) REGULATIONS 1980