Malaysia legislation
Section 6C
of PERATURAN-PERATURAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (PINDAAN) 2014
Seksyen 6C
(a)
jika pendeposit telah membuat penamaan dan penamaan itu tidak dibatalkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, kepada penama mengikut terma penamaan itu; atau
(b)
jika pendeposit tidak membuat penamaan, kepada mana-mana pemohon yang mengemukakan Pemberian
Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah
Pembahagian, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut cara yang boleh ditentukan oleh Perbadanan.
P.U. (A) 240 4
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(a), jika penama itu belum mencapai umur lapan belas tahun, pembayaran itu hendaklah dibuat kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(b).
(3)
Walau apa pun perenggan (1)(b), Perbadanan boleh membayar semua atau mana-mana bahagian daripada amaun yang ada pada kredit pendeposit yang telah mati itu kepada pemohon tanpa memerlukan Pemberian
Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian jika—
(a)
amaun yang ada pada kredit pendeposit yang telah mati itu tidak melebihi tiga ribu ringgit; dan
(b)
permohonan itu telah dibuat oleh pemohon dalam tempoh dua bulan dari tarikh kematian pendeposit.
(4)
Jika pendeposit yang beragama Islam mati setelah penamaan dibuat mengikut Peraturan-Peraturan ini, orang yang dinamakan hendaklah menerima amaun yang ada pada kredit pendeposit yang telah mati itu sebagai wasi dan bukan semata-mata sebagai benefisiari dan hendaklah membahagi-bahagikan amaun itu mengikut Undang-Undang Islam.
(5)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa pembayaran yang dibuat oleh Perbadanan kepada mana-mana orang yang telah mencapai umur lapan belas tahun di bawah
Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan sebagai pelepasan yang sah oleh
Perbadanan.
P.U. (A) 240 5
Dibuat 10 Julai 2014
DATO' SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH
Pengerusi
Lembaga Pengurusan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Diluluskan 10 Julai 2014
DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 240 6
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL ACT 1997
SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (AMENDMENT) REGULATIONS 2014