Seksyen 6A
of Peraturan-Peraturan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Pindaan) 2014
P.U. (A)In forceProvision 5 of 7
Seksyen 6A
(1)
Seseorang pendeposit yang berumur lapan belas tahun dan ke atas boleh menamakan mana-mana orang sebenar untuk menerima amaun yang ada pada kreditnya dan yang kena dibayar kepadanya selepas kematiannya.
P.U. (A) 240 3
(2)
Tiap-tiap penamaan itu hendaklah dibuat dalam borang yang kandungannya akan ditentukan oleh Perbadanan dan tidak akan berkuat kuasa melainkan jika penamaan itu dibuat semasa hayat pendeposit.
(3)
Pendeposit hendaklah memaklumkan kepada Perbadanan tentang apa-apa pertukaran penama atau alamat penama.
Pembatalan Penamaan