Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Mesyuarat Jawatankuasa Khas
(1)
Jawatankuasa
Khas hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya satu kali setahun bagi melaksanakan fungsinya dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.
P.U. (A) 314 3
(2)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Jawatankuasa Khas.
(3)
Jika
Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat
Jawatankuasa
Khas, dia boleh mengarahkan
Timbalan
Pengerusi untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat itu.
(4)
Dalam keadaan kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Khas, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan.
(5)
Lima orang anggota, termasuk pengerusi mesyuarat, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Jawatankuasa Khas.
(6)
Pengerusi atau pengerusi yang disebut dalam subperaturan (3)
boleh menetapkan apa-apa perkara yang hendak dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas.
(7)
Pengerusi atau pengerusi yang disebut dalam subperaturan (3)
boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat Jawatankuasa Khas.
(8)
Pengerusi atau pengerusi yang disebut dalam subperaturan (3)
hendaklah memastikan penjalanan mesyuarat adalah teratur sebagaimana yang diperuntukkan dalam agenda atau yang dipersetujui selainnya oleh majoriti anggota.
Urus setia mesyuarat Jawatankuasa Khas