Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (TATACARA MESYUARAT BAGI JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH) 2025

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Jawatankuasa Khas” ertinya Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah yang ditubuhkan di bawah seksyen 14 Akta;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa Khas yang dilantik di bawah seksyen 14 Akta; dan

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas yang dilantik di bawah seksyen 14 Akta.