Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Minit mesyuarat Jawatankuasa Khas
(1)
Urus setia mesyuarat Jawatankuasa Khas hendaklah—
(a)
menyenggara dan menyimpan minit semua mesyuarat
Jawatankuasa Khas dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b)
mengedarkan minit mesyuarat Jawatankuasa Khas kepada anggota mesyuarat Jawatankuasa Khas secepat yang dapat dilaksanakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas diadakan.
(2)
Tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Khas yang berkenaan dengannya minit telah dibuat hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Jawatankuasa
Khas boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas