Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (CAJ PERKHIDMATAN PENERBANGAN) 2016
Seksyen 5
(1)
Suatu caj tambahan yang bersamaan dengan separuh daripada caj pendaratan mengikut Jadual Pertama tetapi tertakluk kepada suatu caj minimum sebanyak satu ratus lima puluh ringgit, hendaklah dibayar—
(a)
berkenaan dengan mana-mana pendaratan, kecuali semasa kecemasan, di luar waktu operasi lapangan terbang yang diberitahu;
atau
(b)
berkenaan dengan mana-mana pelepasan di luar waktu operasi lapangan terbang yang diberitahu selain pelepasan dalam masa satu jam dari pendaratan di luar waktu operasi lapangan terbang yang diberitahu itu.
P.U. (A) 100 6
(2)
Tiada pergerakan boleh dilakukan di luar waktu operasi lapangan terbang yang diberitahu kecuali semasa kecemasan atau melalui perkiraan terlebih dahulu dengan
Ketua Pengarah Penerbangan Awam dan pengendali aerodrom, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Sekiranya berlaku pembatalan cadangan pergerakan di luar waktu operasi lapangan terbang yang diberitahu, caj tambahan yang diperuntukkan dalam subperaturan (1) hendaklah dibayar melainkan jika notis tentang pembatalan itu diterima oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam dan pengendali aerodrom, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak kurang daripada dua jam sebelum waktu tutup bagi waktu operasi yang diberitahu itu.
(4)
Sekiranya sesuatu lapangan terbang diminta supaya tersedia untuk digunakan sebagai alternatif di luar waktu operasinya, suatu caj yang bersamaan dengan dua puluh lima peratus daripada caj pendaratan yang kena dibayar mengikut Jadual
Pertama, tetapi tertakluk kepada suatu caj minimum sebanyak satu ratus lima puluh ringgit, hendaklah dibayar bagi tiap-tiap tiga jam atau sebahagian daripada tiap-tiap tiga jam yang lapangan terbang itu dijadikan tersedia bagi maksud ini.
(5)
Bagi maksud peraturan ini, waktu di luar waktu operasi lapangan terbang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam.
Caj perkhidmatan penumpang dan caj keselamatan