Seksyen 3
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Penerbangan) 2016
“parkir” atau “diparkir”, berhubung dengan sesuatu pesawat udara, ertinya parkir atau diparkir di sesuatu aerodrom di tempat terbuka;
“penempatan” atau “ditempatkan”, berhubung dengan sesuatu pesawat udara, ertinya penyimpanan di dalam hangar atau disimpan di dalam hangar yang diuruskan dan dikendalikan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam atau pengendali aerodrom;
P.U. (A) 100 4
“pengendali aerodrom” ertinya seseorang yang memegang lesen pengendali aerodrom yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya atau mana-mana orang yang dibenarkan untuk mengendalikan aerodrome di bawah Akta;
“pergerakan” ertinya pendaratan atau pelepasan sesuatu pesawat udara.