Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (KOD KELAKUAN) 2018

Seksyen 5

(1)

Seseorang anggota hendaklah berkelakuan dengan kebertanggungjawaban dan hendaklah menghadapi penelitian awam bagi apa-apa keputusannya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta.

(2)

Seseorang anggota hendaklah telus dalam membuat keputusan, berinteraksi dengan mana-mana pihak yang berkepentingan bagi Suruhanjaya dan dalam mengambil apa-apa tindakan lain dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta.

(3)

Dalam keadaan jika seseorang anggota mempunyai keraguan tentang penerimaan sesuatu tindakan tertentu dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta, dia hendaklah, sebelum mengambil tindakan itu—

P.U. (A) 115 7

(a)

dalam hal Pengerusi Eksekutif, merujuk perkara itu dengan serta-merta kepada pengerusi Jawatankuasa; dan

(b)

dalam hal anggota lain, merujuk perkara itu dengan serta-merta kepada Pengerusi Eksekutif.

Mengelakkan konflik kepentingan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (KOD KELAKUAN) 2018