Skip to content

Seksyen 4

of Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Kelakuan) 2018

P.U. (A)In forceProvision 4 of 10

Seksyen 4

(1)

Seseorang anggota hendaklah berkelakuan dengan integriti dan meletakkan kepentingan awam mendahului kepentingan peribadinya dengan tujuan untuk memperoleh kepercayaan dan keyakinan awam terhadap Suruhanjaya.

(2)

Seseorang anggota hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Akta secara bebas dan objektif, dan bebas daripada apa-apa pengaruh luar.

(3)

Seseorang anggota hendaklah menjalankan apa-apa budi bicara yang diberikan kepadanya oleh Akta secara bona fide.