Seksyen 6
Mengelakkan konflik kepentingan
of Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Kelakuan) 2018
P.U. (A)In forceProvision 6 of 10
Seksyen 6
(1)
Seseorang anggota tidak boleh memajukan kepentingan peribadinya sehingga menjejaskan Suruhanjaya.
(2)
Seseorang anggota hendaklah mengelakkan apa-apa konflik kepentingan dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta.
(3)
Seseorang anggota hendaklah menjauhi dirinya daripada terlibat dengan apa-apa urusan kewangan atau perniagaan, sama ada dengan sendiri atau bagi pihak anggota keluarganya atau sekutunya, yang boleh mengganggu pelaksanaan wajar fungsinya di bawah Akta.