Seksyen 7
Larangan meminta dan menerima suapan
of Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Kelakuan) 2018
P.U. (A)In forceProvision 7 of 10
Seksyen 7
Seseorang anggota tidak boleh dengan sendiri, atau bersama dengan mana-mana orang lain, meminta atau menerima apa-apa suapan—
(a)
daripada mana-mana penyedia perkhidmatan penerbangan, sama ada atau tidak ia dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta; dan
(b)
daripada mana-mana orang lain dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta.