Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (KOD KELAKUAN) 2018

Seksyen 8

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), anggota tidak boleh menyediakan apa–apa pemberian—

P.U. (A) 115 8

(a)

kepada mana-mana penyedia perkhidmatan penerbangan, sama ada atau tidak penyediaan pemberian itu adalah dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta; dan

(b)

kepada mana-mana orang lain dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), tiada pelanggaran kod kelakuan jika pemberian itu mempunyai logo rasmi Suruhanjaya dan disediakan bagi tujuan yang berikut:

(a)

sebagai cenderamata atau tanda hormat kepada mana-mana orang semasa apa-apa lawatan rasmi Suruhanjaya; dan

(b)

sebagai token penghargaan kepada mana-mana orang sebagai sebahagian daripada atau sempena dengan apa-apa majlis, acara atau sambutan rasmi Suruhanjaya.

Penggunaan aset, kemudahan, perkhidmatan, dsb., Suruhanjaya

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (KOD KELAKUAN) 2018