Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (KOD KELAKUAN) 2018
Seksyen 9
(1)
Tiada mana-mana anggota boleh menggunakan apa-apa aset, kemudahan, perkhidmatan atau sumber lain Suruhanjaya kecuali bagi maksud pelaksanaan fungsinya di bawah Akta dan melainkan jika dibenarkan oleh Suruhanjaya.
(2)
Seseorang anggota hendaklah menggunakan dan menguruskan apa-apa aset, kemudahan, perkhidmatan atau sumber lain Suruhanjaya secara berkesan, cekap dan berhemat untuk mengelakkan apa-apa kesan yang memudaratkan kepada reputasi Suruhanjaya.
(3)
Seseorang anggota hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk mencegah apa-apa penyalahgunaan, kehilangan atau kerosakan kepada apa-apa aset, kemudahan, perkhidmatan atau sumber lain Suruhanjaya.
P.U. (A) 115 9
(4)
Seseorang anggota tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis terdahulu
Suruhanjaya—
(a)
menggunakan apa-apa aset, kemudahan, perkhidmatan atau sumber lain Suruhanjaya bagi maksud persendirian atau manfaat peribadi; atau
(b)
meminjamkan, memberikan atau selainnya melupuskan apa-apa aset, kemudahan, perkhidmatan atau sumber lain Suruhanjaya.
(5)
Seseorang anggota hendaklah memulangkan semua aset, kemudahan dan sumber lain Suruhanjaya yang disediakan untuknya dalam masa dua minggu apabila terhentinya tempoh jawatannya, atau pada bila-bila masa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Penggunaan maklumat