Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN BAGI JADUAL) 1981
Seksyen 2
Jadual Kedua Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 adalah dipinda—
(a)
dengan memotong perkataan "Kedua" yang terdapat dikepalanya;
(b)
dengan memasukkan sebelum sahaja perenggan 1 yang sedia ada perenggan 1 baru yang berikut:
"1. GAJI:
Pengerusi ... ... ... $4,210 sebulan
Timbalan Pengerusi ... ... $3,610 sebulan
ELAUN TETAP:
Ahli-ahli ... ... ... $3,040 sebulan
ELAUN MEMANGKU:
Jika sekiranya Timbalan Pengerusi atau seesorang ahli melaksanakan fungsi-fungsi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi selama tempoh yang lebih daripada dua puluh lapan hari, dia adalah berhak mendapat elaun memangku yang senilai dengan perbezaan di antara gaji atau elaun tetapnya, mengikut mana yang berkenaan, dengan gaji jawatan yang dipangkuinya.";
(c)
dengan menomborkan semula perenggan-perenggan 1 ke 12 yang ada sebagai perenggan-perenggan baru 2 ke 13;
(d)
dengan menambahkan selepas sahaja di bawah perkataan "Pengerusi" di ruangan pertama perenggan kecil (a) perenggan 2 perkataan-perkataan "dan Timbalan Pengerusi";
(e)
dengan menambahkan selepas sahaja di bawah perkataan "Pengerusi" di ruangan pertama perenggan 3 perkataan perkataan "dan Timbalan Pengerusi";
(f)
dengan memasukkan selepas sahaja perkataan "Pengerusi" di mana sahaja ianya terdapat dalam perenggan 5 perkataan-perkataan ",Timbalan Pengerusi";
(g)
dengan memasukkan selepas sahaja di bawah perkataan "Pengerusi" di ruangan pertama dan angka "$1250" di ruangan kedua perenggan 7 masing-masingnya perkataan perkataan "Timbalan Pengerusi" dan angka "$750";
(h)
dengan memasukkan selepas sahaja perkataan "Pengerusi" dalam perenggan 9 perkataan-perkataan ", Timbalan Pengerusi";
(i)
dengan menambahkan selepas sahaja di bawah perkataan "Pengerusi" di ruangan pertama perenggan 10 perkataan perkataan "dan Timbalan Pengerusi";
(j)
dalam perenggan 11—
(i)
dengan memasukkan selepas sahaja di bawah perkataan-perkataan "PERJALANAN UDARA:" yang berikut:
“(“dalam negeri” ertinya penerbangan dalam kepada dan dari Brunei, Kalimantan, Malaysia, Singapura dan Thailand (dari Phuket hala ke Selatan)”); dan
(ii)
dengan memasukkan selepas sahaja di bawah perkataan "Pengerusi" di ruangan pertama perkataan-perkataan "Timbalan Pengerusi" dan selepas sahaja di bawah perkataan-perkataan "Kelas Pertama" di ruangan kedua yang berikut:
"Ekonomi
(bukan dalam negeri)
Kelas Pertama
(dalam negeri)"; dan
(k)
dengan memasukkan selepas sahaja di bawah perkataan "Pengerusi" dan angka "$1,200" di ruangan pertama dan kedua perenggan 12 masing-masingnya perkataan-perkataan "Timbalan Pengerusi" dan angka "$800".
Diperbuat pada 24hb Ogos 1981.
[PM, Sulit 11334/1 Jld. V; PN, $ \left(\mathrm{P U}^{2}\right) $ 373.]
ELECTION COMMISSION ACT 1957
ELECTION COMMISSION (AMENDMENT OF SCHEDULE) REGULATIONS 1981