Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN JADUAL) 1996
Seksyen 2
Jadual kepada Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 adalah dipinda—
Nama dan mula berkuatkuasa.
(a)
di bawah tajuk "Elaun Memangku:" dalam perenggan 1—
(i)
dengan menomborkan perenggan yang sedia ada sebagai subperenggan " (a) " ; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas subperenggan (a) subperenggan yang berikut:
"(b) Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota yang pernah diminta melaksanakan fungsi Pengerusi bagi kali kedua atau kemudiannya adalah berhak mendapat elaun memangku, jika dia melaksanakan fungsi itu selama tempoh yang melebihi empat belas hari, termasuk hari kelepasan am.";
Pludaan Jadunl.
(b)
dengan menggantikan perenggan 6 dengan perenggan yang berikut:
"6. CUTI:
(a)
Tiga puluh hari cuti rehat hendaklah diberikan bagi setiap tahun genap perkhidmatan dengan Suruhanjaya;
(b)
seseorang anggota boleh membawa ke hadapan cuti rehat yang dia tidak dapat habiskan dalam tahun berkenaan ke tahun berikutnya berhubung dengan tempoh jawatannya; dan
(c)
sescorang anggota boleh memohon cuti khas menunaikan fardhu Haji dengan syarat bahawa dia belum lagi menggunakan keistimewaan ini semasa dalam perkhidmatan awam dan tertakluk kepada terma dan syarat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.";
(c)
dengan menggantikan perenggan 8 dengan perenggan yang berikut:
"8. GANJARAN:
Suatu ganjaran mengikut kadar 17 1/2%-12% caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) x jumlah bulan genap perkhidmatan x gaji pokok akhir selepas ditolak caruman pekerja kepada KWSP hendaklah dibayar:
(a)
apabila tamat tempoh perlantikan anggota itu tetapi jika sescorang anggota dilantik selama lebih daripada satu penggal dia boleh memilih sama ada dibayar diakhir tiap-tiap penggal atau sehingga dia telah menyempurnakan kesemua penggal (dalam mana-mana satu kes dia berhak mendapat pengecualian daripada cukai pendapatan hanya sekali); atau
(b)
kepada mana-mana tanggungannya sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau jika tidak ada tanggungan, kepada wakil peribadinya, jika dia mati semasa memegang jawatan.";
(d)
dalam perenggan 9, dengan menggantikan angka "$28,000" dengan angka "RM35,000";
(e)
dengan menggantikan perenggan 10 dengan perenggan yang berikut:
"10. ELAUN PEMANDU:
Pengerusi Disediakan seorang pemandu atau jika pemandu yang diambil bekerja bukan dari perkhidmatan awam, gaji adalah berasaskan gred R10 dalam Skim Saraan Baru; dan
Anggota 20 sen bagi satu kilometer, semasa menjalankan tugas rasmi sehingga maksimum RM200 sebulan.";
(f)
dengan menggantikan perenggan 11 dengan perenggan yang berikut:
"11. PERJALANAN UDARA:
("dalam negeri" ertinya penerbangan di dalam dan ke dan dari Brunei, Kalimantan, Malaysia, Singapura dan Thailand (dari Phuket ke selatan)
Pengerusi, Kelas Satu
Timbalan (bukan dalam
Pengerusi negeri dan dan dalam
Anggota negeri)"; dan
(g)
dengan memasukkan selepas perenggan 13 perenggan yang berikut:
"14. KELAYAKAN TAMBANG KETIKA MELAPORKAN DIRI:
Seseorang anggota Suruhanjaya layak:
(a)
menuntut tambang penerbangan berasaskan kelayakannya apabila terbang untuk melaporkan diri;
(c)
elaun perpindahan ke negeri asal apabila tempoh jawatannya tamat.
(b)
tambang penerbangan bagi suami/isteri dan anak di bawah umur 21 tahun; dan