Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN JADUAL KEDUA) 1981
Seksyen 7
GANJARAN:
Suatu ganjaran mengikut kadar satu bulan gaji atau satu bulan elaun tetap bagi tiap-tiap satu tahun perkhidmatan genap dan dengan bernisbah mana-mana bahagian daripadanya bagi tiap-tiap bulan perkhidmatan genap hendaklah dibayar—
(a)
apabila tamat tempoh perlantikan ahli itu tetapi jika seseorang ahli dilantik lebih daripada satu penggal ia boleh memilih sama ada dibayar di akhir tiap-tiap penggal atau sehingga ia telah menamatkan semua penggal (dalam mana-mana satu kes ia berhak mendapat pengecualian daripada cukai pendapatan hanya sekali); atau
(b)
kepada mana-mana tanggungannya sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau jika tidak ada tanggungannya, kepada wakil peribadinya apabila ia mati semasa memegang jawatan itu.