Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (PERAKUAN AMALAN BAGI SETIAUSAHA) 2019

Seksyen 2

(1)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 235(2) Akta boleh memohon secara bertulis kepada Pendaftar bagi mendapatkan suatu perakuan amalan untuk bertindak sebagai setiausaha.

(2)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

nama, nombor pengenalan, maklumat untuk dihubungi dan alamat tempat kediaman utama di Malaysia pemohon itu;

(b)

alamat perniagaan di Malaysia pemohon itu, jika berkenaan;

(c)

badan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat Akta yang pemohon itu berdaftar atau lesen pemohon yang disebut dalam subseksyen 235(2) Akta;

(d)

suatu perisytiharan oleh pemohon itu bahawa—

(i)

pemohon itu bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan; dan

P.U. (A) 76 3

(ii)

pemohon itu tidak pernah disabitkan sama ada di dalam atau di luar Malaysia bagi mana-mana kesalahan yang disebut dalam seksyen 198 Akta; dan

(e)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar.

(3)

Permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

Perakuan amalan

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (PERAKUAN AMALAN BAGI SETIAUSAHA) 2019