Seksyen 5
Penggantungan perakuan amalan
of Peraturan-Peraturan Syarikat (Perakuan Amalan bagi Setiausaha) 2019
(1)
Pendaftar hendaklah menggantung perakuan amalan yang dikeluarkan kepada setiausaha jika—
(a)
keanggotaan setiausaha itu telah digantung oleh mana-mana badan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat Akta yang setiausaha itu berdaftar; atau
(b)
lesen setiausaha itu telah digantung oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 20H Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001.
P.U. (A) 76 5
(2)
Pendaftar hendaklah memberitahu setiausaha secara bertulis tentang penggantungan perakuan amalan itu.
(3)
Jika perakuan amalan itu telah digantung oleh Pendaftar, perakuan amalan itu tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa semasa tempoh penggantungan itu.