Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (PERAKUAN AMALAN BAGI SETIAUSAHA) 2019
Seksyen 6
(1)
Pendaftar boleh membatalkan perakuan amalan itu jika—
(a)
setiausaha itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta;
(b)
keanggotaan setiausaha itu telah dibatalkan oleh mana-mana badan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat Akta yang setiausaha itu berdaftar;
(c)
lesen setiausaha itu telah dibatalkan oleh Suruhanjaya di bawah
Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001; atau
(d)
setiausaha itu tidak mematuhi terma dan syarat perakuan amalan itu.
(2)
Pendaftar hendaklah memberitahu setiausaha secara bertulis tentang pembatalan perakuan amalan itu.
(3)
Pendaftar boleh menghendaki setiausaha untuk membuat representasi secara bertulis mengapa perakuan amalannya tidak patut dibatalkan.
(4)
Bagi maksud subperaturan (3), representasi itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan yang disebut dalam subperaturan (2).
P.U. (A) 76 6
(5)
Pendaftar hendaklah—
(a)
selepas mempertimbangkan representasi secara bertulis oleh setiausaha di bawah subperaturan (4); atau
(b)
jika tiada representasi secara bertulis dibuat oleh setiausaha di bawah subperaturan (4), memutuskan sama ada untuk membatalkan perakuan amalan itu atau selainnya.
Rayuan kepada Menteri