Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH AHLI PARLIMEN (SARAAN) (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 1990

Seksyen 2

Perenggan 2 Jadual Pertama kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 adalah dipinda---

(a)

dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan (1) dengan noktah bertindih dan memasukkan selepas itu, proviso yang berikut:

Pindaan Jadual Pertama.

"Dengan syarat bahawa jika seseorang yang menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1hb Julai 1990 berhenti menjadi Ahli atau Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia berhenti menjadi Ahli atau Anggota, dia boleh diberi pencen hanya apabila dia kemudiannya mencapai umur lima puluh tahun."; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan (2), subperenggan baru (2A) yang berikut:

“(2A) Dalam hal seseorang yang menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1hb Julai

1990 tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia berhenti menjadi seorang Ahli atau Anggota, gaji di mana pencen akan diberi di bawah subperenggan (2) hendaklah gaji akhir yang telah disemak sebelum pencen itu diberi kepadanya.".

Diperbuat pada 11hb Jun 1990. [JPA/PEN. (Rahsia) 228/26/6-1; PN. $ \left( \mathrm{P U}^{2} \right) $ 369 Pt. II.]

Dengan Titah Perintah,

DATO' SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID,

Setiausaha Jemaah Menteri

MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) ACT 1980 MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 1990

Section 2 — PERINTAH AHLI PARLIMEN (SARAAN) (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 1990