Skip to content

Seksyen 4A

of Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 1996

P.U. (A)In forceProvision 3 of 3

Seksyen 4A

(1)

Tanpa menjejaskan perenggan 4, seseorang Anggota Pentadbiran yang ialah Ahli Dewan Rakyat boleh, apabila terbubarnya Parlimen, diberi ganjaran yang dihitung mengikut formula yang berikut:

"Ganjaran bagi Anggota Pentadbiran tertentu apabila terbubarnya Parlimen.

1/48 x gaji x 12 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak melebihi 72 bulan.

(2)

Ganjaran yang kena dibayar di bawah perenggan ini hendaklah atas asas gaji sehabis tinggi yang diterima oleh dan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira bagi Anggota Pentadbiran yang ialah Ahli Dewan Rakyat pada masa terbubarnya Parlimen.

(3)

Apa-apa ganjaran yang telah dibayar kepada Anggota Pentadbiran yang ialah Ahli Dewan Rakyat apabila terbubarnya Parlimen hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar di bawah perenggan ini.".

Dibuat 14 Mac 1996. [JPA/PEN (R) 228/26/6-12; PN. $ \left( \mathrm{P U}^{2} \right) $ 369/III.]

Dengan Titah Perintah,

TAN SRI DATO' SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID,

Setiausaha Jemaah Menteri

MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) ACT 1980

MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 1996