Seksyen 4
of Perintah Akta Mahkamah Rendah (Perluasan) 1980
Seksyen 4
Tiada apa-apa jua dalam Perintah ini boleh menyentuh sahnya langkah pembicaraan yang dibawa sebelum mula berkuatkuasanya Perintah ini dalam mana-mana mahkamah rendah kepada Mahkamah Tinggi dan yang sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Perintah ini, dan langkah pembicaraan ini hendaklah dijalankan dan diteruskan hingga selesai seolah-olah Perintah ini telah tidak dibuat, dan mahkamah itu hendaklah terus menjalankan bidangkuasa dengan sewajarnya berkenaan dengan langkah pembicaraan itu, dan tatacara yang dipakai bagi langkah pembicaraan itu sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Perintah ini hendaklah terus dipakai baginya.
(2)
Penjalanan apa-apa bidangkuasa rayuan atau kajian semula berkenaan dengan sesuatu langkah pembicaraan yang baginya perenggan-kecil (1) dipakai hendaklah dilaksanakan seolah-olah Perintah ini telah tidak dibuat, tidak kira sama ada ruyuan itu dibuat atau kes itu diminta supaya dikaji semula sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Perintah ini, dan tidak kira sama ada bidangkuasanya itu dijalankan sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Perintah ini.