Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ)(PINDAAN JADUAL KEDUA) 2015
Seksyen 2
Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, yang disebut “Jadual ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam peraturan 43—
(a)
dengan menggantikan perenggan 1(a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dalam jadual gaji pegawai;”;
(b)
dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:
“(5) Bagi maksud perenggan (1)(b), “pergerakan gaji” adalah bersamaan amaun satu kenaikan gaji tahunan daripada gaji hakiki.”;