Skip to content

Seksyen 2

Pindaan peraturan 43

of Perintah Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)(Pindaan Jadual Kedua) 2015

P.U. (A)In forceProvision 2 of 2
Seksyen 2

Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, yang disebut “Jadual ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam peraturan 43—

(a)

dengan menggantikan perenggan 1(a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dalam jadual gaji pegawai;”;

(b)

dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:

“(5)  Bagi maksud perenggan (1)(b), “pergerakan gaji” adalah bersamaan amaun satu kenaikan gaji tahunan daripada gaji hakiki.”;