Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI JUALAN (PENGENAAN CUKAI JUALAN BERKENAAN DENGAN KAWASAN KHAS) 2018

Seksyen 2

(1)

Cukai jualan yang hendak dikenakan dan dilevikan hendaklah pada kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen 10(2) Akta—

(a)

ke atas barang-barang dalam Jadual A yang diimport dan untuk digunakan atau diguna pakai di dalam suatu zon bebas di bawah seksyen 2 Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; atau

(b)

ke atas pengimportan wain, spirit, bir, minuman keras malta, tembakau dan hasil tembakau ke dalam Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir.

(2)

Jika apa-apa persoalan timbul sama ada apa-apa barang tertentu dimasukkan atau tidak dalam Jadual A, persoalan itu hendaklah diputuskan oleh Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

P. U. (A) 207 3

Section 2 — PERINTAH CUKAI JUALAN (PENGENAAN CUKAI JUALAN BERKENAAN DENGAN KAWASAN KHAS) 2018