Seksyen 2
Pengenaan cukai jualan
of Perintah Cukai Jualan (Pengenaan Cukai Jualan Berkenaan Dengan Kawasan Khas) 2018
(1)
Cukai jualan yang hendak dikenakan dan dilevikan hendaklah pada kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen 10(2) Akta—
(a)
ke atas barang-barang dalam Jadual A yang diimport dan untuk digunakan atau diguna pakai di dalam suatu zon bebas di bawah seksyen 2 Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; atau
(b)
ke atas pengimportan wain, spirit, bir, minuman keras malta, tembakau dan hasil tembakau ke dalam Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir.
(2)
Jika apa-apa persoalan timbul sama ada apa-apa barang tertentu dimasukkan atau tidak dalam Jadual A, persoalan itu hendaklah diputuskan oleh Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
P. U. (A) 207 3