Malaysia legislation

Section 10

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2021

Seksyen 10

(1)

Jika syarikat yang layak menjalankan suatu projek yang layak dan projek selain projek yang layak, setiap projek hendaklah dikira sebagai suatu punca projek berasingan dan berlainan bagi syarikat yang layak itu.

(2)

Syarikat yang layak yang diberikan pengecualian di bawah subperenggan 5(1) hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap projek yang disebut dalam subperenggan (1).

Ketidakpakaian