Seksyen 8
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 10) 2021
P.U. (A)In forceProvision 8 of 11
Seksyen 8
(1)
Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa bangunan, kilang, jentera atau loji yang berkenaan dengannya pengecualian dipohon oleh syarikat yang layak itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.
(2)
Bagi maksud perenggan ini,
“syarikat berkaitan”
mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan
Pelaburan 1986.