Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu projek yang layak yang disebut dalam subperenggan (2), yang bersamaan dengan amaun elaun sebanyak lima puluh peratus daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu.
(2)
Projek yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) ialah projek yang diluluskan oleh Menteri yang dijalankan oleh suatu syarikat yang layak dalam
P.U. (A) 370 5
membesarkan, memodenkan, mengautomasikan atau mempelbagaikan perniagaannya dalam menjalankan aktiviti pengilangan dalam sektor elektrikal dan elektronik.
(3)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun berturut-turut (selepas ini disebut sebagai “tempoh pengecualian”)
bermula dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan oleh syarikat yang layak, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan oleh syarikat yang layak tidak boleh lebih awal dari 1 Januari 2020.
(5)
Jika suatu syarikat yang layak melakukan perbelanjaan modal yang layak yang pertama dan perbelanjaan modal yang layak berkenaan dengan projek yang layak yang disebut dalam subperenggan (1), sebelum permulaan projek yang layak yang akan dijalankan, maka perbelanjaan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran syarikat yang layak memulakan projek yang layak itu.
(6)
Permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2021.
(7)
Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada syarikat yang layak mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri termasuk—
(a)
syarikat yang layak hendaklah melabur dalam projek yang layak sekurang-kurangnya satu juta lima ratus ribu ringgit dalam tempoh pengecualian;
P.U. (A) 370 6
(b)
syarikat yang layak hendaklah melakukan perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia bagi menjalankan projek yang layak;
(c)
syarikat yang layak hendaklah menggaji bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia bagi menjalankan projek yang layak; dan
(d)
syarikat yang layak memenuhi salah satu syarat yang berikut:
(i)
menjalankan program pembangunan vendor dengan membangunkan sekurang-kurangnya dua syarikat vendor tempatan baharu; atau
(ii)
menjalankan program pembangunan modal insan dengan memenuhi salah satu syarat yang berikut:
(A)
menjalankan program latihan dengan universiti tempatan atau politeknik dengan mengambil sekurang-kurangnya lima orang pelajar warganegara
Malaysia bagi setiap tahun taksiran dan menjalankan program latihan bagi tempoh minimum tiga bulan dalam tempoh pengecualian;
(B)
bekerjasama dengan universiti tempatan dalam penambahan kurikulum berhubung dengan sukatan pelajaran elektrikal dan elektronik; atau
(C)
menjalankan program peningkatan kemahiran atau pemahiran semula dengan universiti tempatan, politeknik atau institusi teknikal.
P.U. (A) 370 7
(8)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
Pendapatan berkanun