Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2021

Seksyen 6

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(2)

Jika suatu bangunan, kilang, jentera atau loji digunakan bagi maksud suatu projek yang layak, juga digunakan bagi maksud suatu projek selain projek yang layak itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang bangunan, kilang, jentera atau loji itu digunakan bagi maksud projek yang layak.

(3)

Amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan di bawah subperenggan 5(1) tidak boleh melebihi lima puluh peratus bagi setiap tahun taksiran.

(4)

Jika, oleh sebab sekatan pengecualian kepada lima puluh peratus daripada pendapatan berkanun menurut subperenggan (3) atau ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun syarikat yang layak daripada projek yang layak, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada amaun yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah disifatkan sebagai perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan bagi maksud subperenggan 5(1) bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut dan tempoh itu bermula sebaik selepas tamat tempoh pengecualian, dan apa-apa amaun pengecualian pada akhir tempoh itu yang masih belum diberikan ke atas syarikat yang layak itu, oleh sebab sekatan pengecualian kepada lima puluh peratus daripada pendapatan berkanun atau ketidakcukupan atau ketiadaan pendapatan berkanun bagi tempoh itu, tidak diambil kira bagi maksud perenggan ini.

P.U. (A) 370 8

Pelupusan bangunan, kilang, jentera atau loji dalam tempoh dua tahun

Section 6 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2021