Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 11) 2021

Seksyen 3

Labuan yang—

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana pemastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada peruntukan perenggan 39(1)(r) Akta berkenaan dengan amaun pembayaran yang dibuat oleh pemastautin itu—

(a)

kepada suatu syarikat Labuan yang menjalankan suatu aktiviti yang layak di bawah program Insentif Global bagi Perdagangan;

(b)

kepada suatu syarikat Labuan yang telah membuat suatu pilihan di bawah seksyen 3A Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

[Akta 445]; dan

P.U. (A) 425 4

(c)

tertakluk kepada subperenggan (2), kepada suatu syarikat

Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan di bawah seksyen 2B Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

[Akta 445].

(2)

Bagi maksud subsubperenggan (c), pemastautin yang disebut dalam subperenggan (1) adalah suatu syarikat Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan yang tidak dinyatakan dalam Jadual kepada Peraturan-Peraturan Cukai

Aktiviti Perniagaan Labuan (Kehendak bagi Aktiviti Perniagaan Labuan) 2021

[P.U. (A) 423/2021] atau suatu aktiviti selain aktiviti perniagaan Labuan di bawah

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pemastautin itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Dibuat 19 November 2021

[MOF.TAX(S)700-2/1/75; PN(PU2)80/JLD.102]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 127(4)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 425 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 11) ORDER 2021