Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 11) 2021
“Insentif Global bagi Perdagangan” ertinya suatu program insentif bagi
Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan untuk menggunakan Malaysia sebagai pangkalan perdagangan antarabangsa bagi menjalankan aktiviti yang layak;
“Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan” ertinya suatu syarikat
Labuan yang—
(a)
diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990
[Akta 441];
(b)
dilesenkan di bawah seksyen 92 Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];
P.U. (A) 425 3
(c)
mengekalkan suatu pejabat berdaftar di Labuan tetapi dibenarkan menubuhkan pejabat operasinya di mana-mana dalam Malaysia; dan
(d)
menjalankan suatu aktiviti yang layak di bawah program Insentif Global bagi Perdagangan;
“aktiviti yang layak” ertinya perdagangan produk fizikal dan instrumen terbitan yang berkaitan berhubung dengan—
(a)
petroleum dan produk berkaitan petroleum termasuk gas asli cecair;
(b)
galian;
(c)
produk pertanian;
(d)
bahan mentah yang ditapis;
(e)
bahan kimia; dan
(f)
galian asas.