Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 12) 2021

Seksyen 3

Pengecualian

(1)

Menteri mengecualikan penganjur bagi apa-apa aktiviti kesenian atau kebudayaan atau pertandingan sukan atau rekreasi bertaraf antarabangsa daripada pembayaran cukai pendapatan atas lima puluh peratus daripada pendapatan berkanun yang diperoleh daripada penganjuran aktiviti sedemikian.

(2)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai jika–

(a)

aktiviti kesenian atau kebudayaan itu diadakan di Malaysia di Istana Budaya, Balai Seni Visual Negara atau Dewan Filharmonik

Petronas; atau

(b)

pertandingan sukan atau rekreasi bertaraf antarabangsa itu diadakan di Malaysia.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) ini boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan penganjur itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Akaun berasingan