Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 12) 2021
“aktiviti kesenian atau kebudayaan” ertinya suatu pertunjukan pentas yang diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan dianjurkan dengan penyertaan rakyat asing yang telah mempersembahkan sekurang-kurangnya tiga persembahan di mana-mana negara selain negaranya sendiri;
“penganjur”
ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777], atau suatu persatuan atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335];
“pertandingan sukan atau rekreasi bertaraf antarabangsa” ertinya apa-apa acara sukan atau aktiviti rekreasi yang diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan dianjurkan dalam apa-apa bentuk dengan penyertaan rakyat asing dari beberapa negara.
P.U. (A) 478 3