Malaysia legislation

Section 10

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2023

Seksyen 10

Pemakaian potongan bagi penyelidikan di bawah seksyen 34A Akta

(1)

Bagi maksud mengira pendapatan larasan daripada aktiviti yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(1), suatu perbelanjaan yang boleh dibenarkan sebagai suatu potongan dalam tahun taksiran yang dikecualikan bagi penyelidikan di bawah seksyen 34A Akta hendaklah dikumpulkan dan amaun agregat perbelanjaan itu hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam tempoh asas pertama bagi suatu tahun taksiran selepas tahun taksiran yang dikecualikan itu.

(2)

Amaun potongan yang dibuat di bawah subperenggan (1) hendaklah bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang dilakukan.

(3)

Jika suatu potongan telah dibuat di bawah Perintah ini berkenaan dengan suatu perbelanjaan yang disebut dalam subperenggan (1), perbelanjaan itu tidak layak untuk mana-mana potongan di bawah Akta.

Elaun modal

Section 10 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2023