Seksyen 13
Punca berasingan dan akaun berasingan
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 4) 2023
P.U. (A)In forceProvision 13 of 15
Seksyen 13
(1)
Jika suatu syarikat yang layak menjalankan suatu aktiviti yang layak dan aktiviti selain aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca aktiviti berasingan dan berlainan bagi syarikat yang layak itu.
(2)
Syarikat yang layak yang diberikan pengecualian di bawah subperenggan 5(1) hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1).