Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Penarikan balik pengecualian
(1)
Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 5(1) dari tarikh dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran syarikat yang layak itu gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu.
(2)
Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan (1), pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 5(1) berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun hendaklah disifatkan sebagai tidak diberikan kepada syarikat yang layak itu dari tarikh yang disebut dalam subperenggan (1).
Punca berasingan dan akaun berasingan