Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya aktiviti yang dijalankan bagi memastikan penyelarasan, pelaksanaan dan pengendalian Taman Eko Sisa yang berkesan dan cekap, termasuk—
(a)
menggalakkan dan mengiklankan Taman Eko Sisa;
(b)
menguruskan kemudahan dan infrastruktur dalam Taman Eko Sisa;
(c)
memastikan pembekalan jenis dan jumlah sisa yang diterima dalam
Taman Eko Sisa adalah mengikut kapasiti kemudahan dan infrastuktur dalam Taman Eko Sisa; dan
(d)
menguruskan pengasingan dan pemisahan sisa bagi stok suapan pengendali yang disebut dalam
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian) (No. 4) 2017 [P.U. (A) 235/2017] dan Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (No. 5) 2017 [P.U. (A) 236/2017];
P.U. (A) 237 3
“pengurus”
ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia yang menjalankan aktiviti yang layak;
“Taman Eko Sisa” ertinya suatu tempat bagi aktiviti kitar semula, pemulihan dan rawatan sisa dijalankan yang mempunyai ciri-ciri minimum yang berikut:
(a)
infrastruktur asas seperti jalan, sistem pengaliran, utiliti dan pembentungan;
(b)
bangunan dan kemudahan bagi penerimaan dan pengasingan sisa;
(c)
kemudahan rawatan air sisa;
(d)
bangunan bagi kemudahan kitar semula, pemulihan atau rawatan sisa;
dan
(e)
bangunan bagi pusat pendidikan dan kesedaran.
Pengecualian