Seksyen 6
Punca berasingan dan akaun berasingan
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2017
P.U. (A)In forceProvision 6 of 7
Seksyen 6
(1)
Jika pengurus menjalankan aktiviti yang layak dan aktiviti selain aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca berasingan dan berlainan bagi aktiviti itu.
(2)
Pengurus yang diberikan pengecualian di bawah subperenggan 3(1)
hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti yang layak.