Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2016

Seksyen 6

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada

Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(2)

Jika suatu bangunan, kilang, jentera atau loji digunakan bagi maksud aktiviti khas yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti khas yang layak itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah mengambil kira setakat mana bangunan, kilang, jentera atau loji itu digunakan bagi maksud aktiviti khas yang layak.

Kerugian

Section 6 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2016