Skip to content

Seksyen 9

Penarikan balik pengecualian cukai

of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 7) 2016

P.U. (A)In forceProvision 9 of 11
Seksyen 9

(1)

Menteri boleh menarik balik pengecualian cukai yang disebut dalam subperenggan 5(1) sekiranya orang yang layak gagal untuk mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu.

(2)

Jika pengecualian cukai ditarik balik mengikut subperenggan (1), pengecualian cukai yang diberikan berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun di bawah subperenggan 5(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada orang yang layak itu dari tahun pertama tempoh yang disebut dalam subperenggan 5(2).