Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Apa-apa amaun kerugian larasan yang dialami—
(a)
dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang aktiviti khas yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(1) bermula sehingga tahun taksiran sebaik sebelum tahun-tahun taksiran yang dikecualikan; dan
(b)
dalam masa tahun-tahun taksiran yang dikecualikan, hendaklah dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan berkanun daripada aktiviti khas yang layak selepas tahun atau tahun-tahun taksiran yang dikecualikan sehingga kesemua amaun kerugian larasan itu telah digunakan daripada pendapatan berkanun daripada aktiviti khas yang layak itu.
(2)
Sekian banyak daripada kerugian larasan yang disebut dalam subperenggan (1) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun
P.U. (A) 160 6
daripada aktiviti khas yang layak bagi suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta.
Amaun pendapatan berkanun yang tidak dikecualikan